Posts

Bagaimana Kerajaan Madani dapat menjamin kesaksamaan semua rakyat jelata Malaysia

Image
Catatan dalam Laman Web MOHA:  https://moha.gov.my/utama/index.php/ms/component/content/article/761-perlembagaan-persekutuan?catid=189 1.  Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia, setahu saya, tidak pernah dipertikaikan oleh masyarakat bukan Islam kerana perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Perkara 12(2) menjamin bahawa “tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata‑mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesebuah Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu pengajaran agama Islam serta membuat apa-apa perbelanjaan yang perlu bagi tujuan tersebut.” Memandangkan jaminan ini termaktub d...